Rabu, 22 Julai 2009

Pengenalan Pusat Rawatan Daarut Takweedz

Pusat Rawatan Secara Rohani Daarut Takweedz:

Memperkenalkan rawatan islamiah secara rohani dengan menggunakan RuQiah Syar'iyyah dan juga Takweedz/tangkal azimat bagi merawat penyakit penyakit yang di hidapi oleh anda dan juga menangani masalah masalah yg di hadapi oleh anda.Rawatan ini adalah bersih daripada sebarang perkara yg boleh merosakkan akidah islam kita/iman yakin kita kepada Allah subhaanahu wata'aala.


Sedikit Penjelasan Tentang Takweedz:

Takweedz adalah 1 kalimat/lafaz dalam bahasa arab yg bererti pelindungan dalam bahasa malaysia kita.Di dalam istilah syariat pula,ianya dipanggil "kalung/tangkal yg berisi tulisan2 yg terdiri dari doa2 yg mustanad atau ayat2 Quran yg ditulis,kemudian di pakai sebagai tabarrukan.Dan juga kalung tangkal yg berisi tulisan2 yg terdiri dari tulisan angka nombor yg mengisyaratkan kepada sesuatu surah atau ayat di dalam Al-Quran yg rahsianya hanya terbuka kepada Ahlullah yg kasyaf,berkat dari mujahadah mereka serta susah payah mereka dalam mencari rahsia khasiat Nama2 Allah.Cuma cara penulisannya itu,ada cara caranya yg difahami oleh mereka yg arif lagi mahir dalam bidang tersebut sahaja.seperti bismillah di tulis dgn no perkiraan 786 sahaja.Nama "Allah" ditulis dgn 66 sahaja,khusus dalam penulisan takweedz ini sahaja,tidak di dalam urusan urusan lain.Manakala dalam istilah umum ditanah air kita pula,ianya dikenali dgn tangkal azimat.

Punca Masyarakat Memandang Serong/Salah/ Haram Terhadap Penggunaan Takweedz(yakni azimat) ialah:

Disebabkan pada zaman dahulu,masyarakat kita,banyak yg menggunakan takweedz/tangkal azimat yg isinya terdiri dari kalimat2 berunsurkan kekufuran atau unsur penghambaan diri terhadap makhluQ jin dan syaitan demi untuk mendapat power/kuasa ilmu hitam. seperti :

  1. kebal sama sekali.
  2. Dapat menjadi asap jika cuba di tangkap oleh orang.
  3. Dalam 1 hari dapat meniduri lebih dari 10 orang wanita.
  4. Dan lain lain lagi yg magik/luarbiasa yg ianya terang2 diharamkan oleh syariat islam kita yg suci.dengan cara yg antara lainnya ialah:
  • Memijak Al Quran
  • Pantang sembahyang selama 40/41 hari berturut2Membunuh anak dara/gadis sunti mengikut kadar bilangan yg tertentu
  • Mesti berzina sekurang2nya dgn 40 org gadisdan lain lain lagi daripada perkara2 yg di larang oleh syariat islam."al 'iyaadzubillaah3"


menyebabkan,bila sahaja di sebut nama "tangkal azimat",maka fahaman kita akan terus kepada jenis jenis yg dikenali umum sejak turun temurun lagi.Lantas kita,tanpa soal siasat/tanpa mengkaji penjelasan dari alim ulamak kita,berpandukan Al-Quran dan hadis,kita katakan baha wa penggunaan "Tangkal azimat/Takweedz" adalah haram hukumnya.
Walhal,kita di ajar oleh syariat islam untuk bertanya kepada "Alim-Ulamak" dalam segala masalah dalam kehidupan kita


Hukum Penggunaan Takweedz:

  • Ada disebut oleh imam baihaqqi di dalam kitabnya yg berjudul "Dalaa ilun Nubuwwah" mengatakan yg dalam satu medan peperangan,Baginda Rasulullah s.a.w ada memberi kpd seorang sahabat Baginda sekeping kulit pohon kayu seraya Baginda bersabda yg mafhumnya ialah "Daku haramkan org kafir keatas dia/si pemegang kulit kayu ini" maka sahabat tersebut telah selamat dalam medan perang tadi.
  • Didalam kitab hadis "kanzul 'ummaal" ada di nuqilkan kata kata saidatina 'aisyah r.anha dalam hadis yg ke 28413 oleh Allamah 'Alaa ud diin 'ali At Taqiyy r.alaih yg ertinya "Tidak mengapa/boleh menggantung takweedz/tangkal azimat yg dalamnya ada ayat Al Quran, baik sebelum ditimpa/kena bala atau sesudah ditimpa/kena bala."Kesimpulannya ialah:

Penggunaan takweedz adalah di bolehkan dgn syarat antara lain:

  • Di dalamnya tidak ada kalimat berunsur kufur/penghambaan diri kepada selain dari Allah.
  • Tidak beri'tiqad/berkeyakinan dlm hati bahawa takweedz itu sendiri yg menyembuhkan, menyelesaikan masalah yg di hadapi.


Seperkara Yg Harus Di Fahami:
ialah,mengenakan bayaran di dalam merawat,khususnya rawatan yg berupa amalan dan penggunaan ayat ayat suci Al Quran dan Nama2 Allah adalah di bolehkan oleh syariat islam kita.
Ianya pernah di lakukan oleh sahabat Nabi s.a.w.Dan berita itu sampai kepada Nabi s.a.w,lalu Baginda memanggil beliau[yakni sahabat yg terbabit] seraya Baginda bertanya kepada sahabat berkenaan.Setelah mendapat penjelasan dari beliau Baginda tidak melarang malah Baginda juga minta habuan yg di perolehi sahabat tadi.
Pendapat Alim Ulamak:
Kata Allamah Anwar Syah Kasymiri r.alaih:
beliau adalah seorang alim yang daya hafalannya tersangatlah luar biasa.Ulamak kelahiran deoband,india.Beliau pernah berkata
“jika sekiranya lah kesemua kitab-kitab dalam perpustakaan Darul-Ulum deoband ini,dibakar oleh inggeris,(yg pada ketika itu berjumlah sekitar 45 ribu buah) maka daku mampu mampu mengarangnya semula dengan hafalanku tanpa gugur satu huruf pun!”

beliau mengarang kitab syarah bukhori yg diberi nama “Fuyuudhul baari” dalam mengulas hadis-hadis dalam kitab shohih bukhori.Pernah menyalin sebuah kitab fekah dlm mazhab hanafie yang berjudul “Nuurul edhooh”dengan hafalannya daripada perpustakaan al-azhar mesir ketika beliau melawat kesana.Dan pulang ke india lalu menulisnya semula dalam bentuk kitab.Dan diiktiraf oleh ulamak mesir bahawa apa yang telah disalin,semuanya seperti cetakan asal tanpa gugur sepatah lafaz pun!

Beliau mengulas mengenai mengambil upah dari rawatan dengan menggunakan Al-Quran & nama-nama Allah dengan katanya:

"Mengambil upah dari merawat menggunakan Ayat ayat suci Al Quran(ruQiah) adalah di bolehkan kerana ia bukanlah ibadat."
Keterangan:
"maknanya,kalau mengambil upahan dari ibadat yg di kerjakan, contohnya "upahan dari sembahyang hajat saya bg mengubati penyakit kamu ini adalah sekian sekian ringgit" barulah ianya terlarang." (tambahan dari penterjemah)

Oleh itu,adalah di maklumkan bahawa Pusat Rawatan Rohani Daarut Takweez ada mengenakan bayaran/Cas Rawatan bg setiap rawatan yg di berikan.


Langkah Yang Penting Bagi Mendapatkan

Rawatan Dari Kami Ialah:

  • Untuk kepuasan hati anda,anda bolehlah terlebih dahulu menelefon Ustaz Abu Humaidi,berpandukan no telefon beliau yg telah di berikan.untuk bertemu bual dgn beliau tentang masalah yg anda hadapi, Jika sekiranya tiada yg menjawab,anda smskan dulu perkenalkan diri anda dan nyatakan akan hasrat dan tujuan anda.insya Allah,beliau akan menelefon anda semula.kemudian setelah itu jika anda berpuas hati dgn keterangan beliau,maka bolehlah anda mengikut prosudiur yg telah di sebutkan di ruangan sebelah.


Bahan-Bahan Rawatan Yg Akan Kami Sediakan ialah:


Untuk Masalah Sihir/Santau/Segala Jenis Buatan Guna2,

  1. ada Amalan bacaan harian yg pesakit kena baca selama 41 hari berturut2 tanpa ponteng,2 kali sehari,pagi dan petang.Andaikata pesakit sendiri tidak dapat membaca amalan bacaan yg di berikan,maka dia
  2. kenalah dgr bacaan RuQiah Syar'iyyah sehari 2 kali,tanpa ponteng sebagai gantian kepada amalan bacaan tadi.
  3. Takweez kena pakai di leher selama 41 hari berturut2.ada yg boleh di tanggal sewaktu mandi sahaja dan ada pula yg tidak boleh di tanggal sama sekali selama 41 hari berturut2.(menurut jenis sihir/santau/Sebarang jenis buatan guna guna yg telah di buat terhadap pesakit berkenaan)
  4. Air Penawar yang mesti di minum sebagai minuman asasinya selama 41 hari berturut. (air tersebut boleh di gunakan untuk di bancuh minuman tambahan untuknya seperti teh,kopi, atau apa apa sahaja minuman sejuk)
  5. Takweez yg di gunakan untuk di rendam kedalam air mandian beliau.Di guna kan selama 41 hari atau beberapa hari yg di pandang sesuai untuk pesakit berkenaan.Masalah Masalah Lain:Amalan bacaan harian yg pesakit kena baca selama 41 hari berturut2 tanpa ponteng,2 kali sehari,pagi dan petang.
  6. Takweez yg mana cara penggunaannya kelak akan diberitahu menurut jenis masalah yg di hadapi oleh anda.Jika ia berkaitan dgn seseorang maka akan ada juga air yg harus diminumkan kepada org yg di maksudkan atau di campur kedalam air kolah yg dia selalu mandi. Pendek kata,lain org,lainlah masalah.begitu juga lah,lain masalah,lainlah juga takweeznya dan cara penggunaannya kelak.


Syarat Untuk Anda Mendapat Kesan Yg Anda Inginkan
Dari Rawatan Yg Anda Dapatkan ialah:

  • Luruskan/betulkan i'tiQad anda bahawa Masalah/penyakit daku ini,datangnya adalah dari Allah semata2,dan hanya Allah lah jua yg akan menyembuhkannya/menyelesaikannya.
  • Rawatan yg daku dapatkan ini hanyalah demi untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w,(kerana mendapatkan rawatan adalah sunnah Baginda dan dalam mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan Allah janjikan kejayaan sejati,didunia dan akhirat untuk ku.)bukanlah atas dasar bahawa rawatan inilah yg akan membuatkan daku sembuh kelak/masalah ku dapat selesai.
  • IstiQamah/tetap teguh di dalam mengamalkan amalan yg di berikan mengikut kaedah2 yg telah di berikan.Jika tidak,(rasa nak amalkan,amal,rasa tak mau buat,tak buat)maka akan jadilah seperti "ubat yg di suruh sapu,dimakan,Yang disuruh makan pula,di sapu."Usah mudah teruja/tergugat dengan keadaan situasi yg mungkin pada permulaannya tidak bertepatan dgn apa yg anda harap dan inginkan.Akan tetapi,yakinlah bahawasanya situasi keadaan itu tidaklah ada apanya2 melainkan hanya sekadar seperti fatamugana/bayangan seakan akan ada air di atas jalan,bila dilihat dari jauh,tetapi bila di dekati,ternyata tidak ada air disitu.
  • Dalam tempoh rawatan anda,dari masa ke semasa anda haruslah laporkan kepada perawat akan hal ehwal perkembangan masalah/penyakit anda.Mengikut tempoh yg akan di berikan.


Maklumat Penting:

  • Keberkesanan sesuatu amalan hanyalah akan teserlah bilamana ianya di amalkan dgn istiQamah/berterusan tanpa ponteng,khususnya tempoh yg telah di sarankan oleh Perawat.
  • Bagi anda yg tidak dapat hadir kerana jauh,kami ada menyediakan perkhidmatan mengeposkan bahan bahan rawatan kepada anda di mana anda berada.
  • Rawatan dan "Kaedah amalan Penyelesai masalah masalah" tidak terbatas hanya untuk kaum muslimin sahaja,malah Saudara NON MUSLIM(yg bukan muslim) juga boleh mendapat kan rawatan ini.







Jenis Rawatan Yg Di Tawarkan

Mafhum Sabda Nabi s.a.w:
  • "Setiap penyakit yg Allah turunkan itu ada saja penawar yg Allah jadikan/sediakan
  • "Al fatehah itu adalah penawar bagi segala jenis penyakit"
  • "Laa hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim itu adalah penawar bg 99 jenis penyakit.Yg mana, yg paling lekeh di dalam 99 jenis tadi ialah tension yg sebangsa dgn penyakit gila"
Kesimpulan dari sabdaan Nabi s.a.w diatas:
memberitahu kepada kita bahawa bg setiap penyakit ada penawarnya,tidak kira sama ada HIV atau "Selsema burung" atau "selsema babi",pendek kata apa sahaja yg di kenali sebagai penyakit,ada sahaja ubatnya.

(Pusat Rawatan Daarut Takweedz)
menawarkan perkhidmatan rawatan bagi merawat segala penyakit2 seperti:
  • Semua Jenis Penyakit Yg Ada Unsur Campur Tangan Makhluk Halus
seperti:
  1. Segala jenis sihir/santau/sebarang jenis buatan guna guna
  2. Semua jenis saka
  3. Sebarang jenis ilmu perguruan yg menjadi "ilmu Makan Tuannya"
  4. Penyakit Misteri yg mengikut kajian doktor,pesakit tidak mengidap sebarang penyakit sedangkan sengsaranya pesakit bukan keruan lagi.
  5. Sebarang penyakit kenser yg pada kebiasaannya ada tersirat gangguan makhluk halus.
  • Semua Jenis Penyakit Yg Di Geruni Umum Serta Hangat Di Perkatakan Orang.
seperti:
  1. Selsema babi/burung
  2. Demam Cingguya
  3. HIV-Aids
  4. Sebarang penyakit yg Merebak
dan lain lain penyakit lagi yg popular di masa kini.
  • Semua Jenis Penyakit Yg Glamour/Masyhur Yg Biasanya Di hidapi Umum.
seperti:
  1. Kencing Manis.
  2. Darah tinggi
  3. Lemah Jantung
  4. Segala Jenis Radang2
  5. Buah Pinggang
  6. Batu Karang
dan lain lain lagi.
  • Semua Jenis Masalah Wanita
seperti:
  1. Haid datang tak teratur
  2. istihadhah yg berlebih2an
  3. Segugut
  4. Mandul
  5. Sering keguguran
  6. Lemah Tenaga Kewanitaan
  7. Sering gagal dalam mendapatkan pasangan hidup.Walaupun pernah ada yg sudah betul2 bernekad untuk mengahwininya.
  8. Lambat Jodoh
  9. Tak berkeinginan untuk berkahwin
  10. Menjiwai akhlak yg kurang manis yg membuatkan Lelaki tidak tertawan hati melihatnya biarpun mempunyai rupa paras yg cantik sekalipun.
  11. Pasangan anda setelah ketelanjuran dgn anda mula cuba mengabaikan anda/cuba menghilangkan diri.
  12. "Amalan Pengasih" bg menjurus/melorong/memudahkan kearah mendirikan rumah tangga/kearah perkara yg halal dari segi syariat islam kita.
  13. Jejaka yg berpasangan dgn anda seakan akan cuba melambat2kan urusan menikahi anda./dia mula menunjukkan berubah hati@tawar hati terhadap anda.
  14. Keluarga menghalang cinta anda
dan lain lain lagi.
  • Masalah Yg Berkaitan Dgn Hal Rumah Tangga
seperti:
  1. Suami isteri sering bertengkar walaupun dalam hal yg kecil bengil
  2. Suami/isteri yg mengabaikan tanggungjawab.
  3. Main Kayu Tiga
  4. Hambar dalam hubungan kelamin.
  5. Masalah mati pucuk
  6. Terlalu berkasar dgn anak2@tidak menghiraukan hal anak2
  7. Menindas hak suami/isteri
  8. Queen Kontrol
  9. Terlalu memihak kepada keluarga seolah2 suami/isteri di dalam kawalan secara halus oleh mereka.
  10. Bersikap mulut pedas/mulut caploi
Pendek kata,apa sahaja kelakuan tingkahlaku @ perkara yg membuatkan suami isteri saling tidak puas hati terhadap satu sama lain.

Masalah yang berkaitan dgn anak2,seperti:

  1. Anak degil
  2. Anak lari dari rumah/di bawa lari oleh orang.
  3. Anak bebal/lemah minda
  4. Anak sering ketakutan di waktu2 tertentu seperti waktu senja/malam
  • Masalah Perniagaan
  1. Bisnes tiba2 menurun kelarisannya.
  2. Saingan dari para pesaing membimbangkan.
  3. Pelaris perniagaan.
  4. Gara gara bisnes maju kawan jadi lawan.
  5. Projek yg sudah dapat mula timbul halangan2
  6. Agar para pekerja bawahan anda patuh dan tekun dalam melakukan tugas tanggungjawab.
  7. "Takweez untuk pelindung" agar yg cuba menyerang anda secara dalaman/halus,kerana gara2 anda berjaya dalam perniagaan anda,tidak dapat bertindak sewenang2nya terhadap anda dan keluarga anda.
dan apa2 sahaja masalah yg anda hadapi di dalam perniagaan anda.
  • Masalah Gejala soisal
seperti:
  1. Anak perempuan/lelaki @ individu ahli keluarga terjebak dalam pergaulan bebas/minum arak/judi/zina dan sebagainya.
  2. Masalah ketagihan (dadah/merokok dll)
dan lain lain masalah yg di kenali sebagai masalah sosial.
  • Masalah Di Belenggu Dgn Kes2 Mahkamah
sama ada masalah anda berupa satu penindasan/penganiayaan keatas anda ataupun sudah sememangnya ianya adalah berpunca dari kesalahan anda sendiri.